PENDAHULUAN

Aplikasi ini telah dibangunkan oleh Jabatan Kerja Raya Sabah bertujuan mengalu-alukan semua pengguna jalan raya di Sabah untuk mengemukan aduan berkaitan jalan raya di Sabah melalui aplikasi ini dalam rangka usaha JKR Sabah menyediakan rangkaian jalan raya yang selamat, selesa dan boleh dilalui setiap masa. Untuk makluman, penggunaan aplikasi ini hanya terhad untuk aduan jalan raya di negeri Sabah sahaja. Jabatan Kerja Raya Sabah mengucapkan jutaan terima kasih atas semua aduan yang dikemukan.

TERMA DAN SYARAT

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan aplikasi serta hak dan kewajipan anda semasa menggunakan aplikasi ini.
Sekiranya anda mengakses aplikasi ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pengadu, dan kami, bagi penggunaan sistem aplikasi ini.

HAD TANGGUNGJAWAB

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:

1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan aplikasi ini;

2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima menerusi atau daripada aplikasi ini;

3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam aduan atau data anda;

4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga menerusi aplikasi ini; atau

5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan aplikasi ini.

ADUAN YANG DIKEMUKAKAN

1. Adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa aduan yang dikemukakan menerusi aplikasi ini adalah bersifat asli dan hanya bertujuan untuk dimaklumkan kepada kami bagi tindakan selanjutnya.

2. Kami mempunyai hak untuk mengabaikan aduan yang kami terima samada dengan notis atau tanpa notis sekiranya wujud keraguan terhadap keaslian aduan mengikut penilaian kami dan sekiranya pada penilaian kami ada wujud tujuan lain yang tidak munasabah dengan tujuan aplikasi ini digunapakai.

PENAMATAN AKSES

Kami boleh menamatkan akses anda ke seluruh perkhidmatan yang berkaitan dengan aplikasi ini pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta merta. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada aplikasi ini.

PENGUBAHSUAIAN KEPADA PERKHIDMATAN

Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan sistem aplikasi ini (atau sebahagian daripada aplikasi) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan aplikasi ini.